Bahan2 :
Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9 biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :
Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan. Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..
Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.