Blogger Widgets Blogger Widgets

SEARCH

Google
 

Tuesday, August 7, 2012

Ayam Percik Kelantan





Bahan-bahan
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan.
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

POWERED BY:

youtube google slideshare Kelantan Bloggers webshots slide photobucket clocllink Feedjit blogger