Blogger Widgets Blogger Widgets

SEARCH

Google
 

Saturday, August 11, 2012

SMS Percuma Tanpa Had Melalui Akaun Gmail Anda

Baru-baru ini telah di maklumkan kepada orang ramai melalui akaun GMail mereka, yang mana ianya membolehkan fungsi SMS tanpa had kepada nombor telefon telco di Malaysia. Tidak dapat dipastikan bila fungsi ini telah diaktifkan, tetapi ianya sudah begitu lama diperkenalkan kepada negara lain. Sedikit kajian mengatakan DiGi merupakan telco pertama yang berkerjasama bersama Google, bagi mengaktifkan fungsi ini kepada orang ramai.
Melalui fungsi SMS percuma ‘tanpa had’ ini, GMail memberikan 50 mata kredit – 1 kredit per SMS. Tiada had yang diperkatakan adalah apabila rakan anda membalas mesej kembali kepada GMail anda, 5 mata akan ditambah semula kepada mata kredit anda. Namun had penuh mata kredit adalah 50 dan mata kredit ini akan di reset semula setiap 24jam.
Untuk makluman anda, setiap SMS yang dibalas melalui telefon kepada akaun GMail, akan dikenakan cas sebanyak 10 sen per SMS atau untuk jimatkan kos anda boleh aktfikan langganan RM1 untuk seminggu.

Langkah memulakan SMS percuma ‘tanpa had’ melalui panel akaun Gmail.

Buka akaun Gmail, isikan nombor telefon pada bahagian Chat and SMS, klik butang SMS untuk teruskan

Paparan untuk simpan kenalan anda, lengkapkan nama dan lain-lain. klik butang save untuk teruskan.

Isikan mesej dan anda boleh menggunakan smiley untuk menjadikannya menarik.

Bagi mereka yang pernah mencuba perkhidmatan ini, pendapat anda mengenainya amat dialu-alukan. Pada ketika ini, perkhidmatan sms percuma ‘tanpa had’ ini cuma menyokong telco DiGi dan juga Maxis

No comments:

Post a Comment

POWERED BY:

youtube google slideshare Kelantan Bloggers webshots slide photobucket clocllink Feedjit blogger