Blogger Widgets Blogger Widgets

SEARCH

Google
 

Thursday, July 24, 2014

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dgn Terung Pipit



Bahan2 :


Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta bersihkan terung pipit dari tangkai. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, terung dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

Rempah Ikan Bakar Special Lagi


Dr Fouziah Mohd



REMPAH IKAN BAKAR

2 labu bawang besar-hiris  
4 ulas bawang putih-hiris  
1 cawan cili kering yang telah dipotong  
3 btg serai-ketuk  
1 inci lengkuas-hiris  
1 inci halia- hiris  
secekak daun kesom  
1 cawan gula melaka
4 sb belacan  
4 sb pes asam jawa
2 sudu besar udang kering  
2 cawan air minyak garam serbuk perasa

- goreng cili kering sehingga  perang gelap  
-Kisar cili goreng bawang besar, bawang putih, halia,lengkuas dan udang kering  
Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik minyak masukkan belacan, pes air asam jawa dan gula melaka -masukkan 2 cawan air 
- Ketuk serai dan masukkan ke dalam kuali  
- masukkan daun kesom  
-masak sehingga pekat 

cara membakar
 
- lenser daun pisang dengan sedikit minyak masak  
- letakkan daun pisang ke dalam kuali yang lenser minyak bijan/masak
- letakkan ikan  
- tutup dengan tudung periuk sehingga masak
- balikkan ikan 

- letakkan rempah yang telah disediakan tadi  
- masak seketika sehingga meresap  jgn lupa letakkan juga di bhg dalam belahan ikan...)
- balikkan ikan dan sapu dengan rempah pada bahagian yang satu lagi -biarkan seketika   
- dah siap potong limau nipis/kasturi dan perah

Wednesday, July 23, 2014

Kuzi Kambing





Bahan-bahan:


2 kg daging kambing
1 cawan susu cair

2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar [dihiris]
1 cawan minyak masak



100 gm badam goreng [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji limau nipis [diambil airnya]
4 biji tomato [dibelah empat]
4 camca sedang puri tomato

5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia [dikisar]
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau [ditumbuk kasar-kasar]
10 tangkai cili merah [ditumbuk kasar-kasar]
2 biji bawang besar [dikisar]


Cara menyediakan Kuzi Kambing:

1) Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam.
2) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk.


3) Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, badam goreng, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.

Tuesday, July 22, 2014

Lawa Ikan Pantai Timur


   Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 10 ekor ikan tamban (diambil isi shj)
  • Segenggam daun pucuk serai kayu
  • Sedikit daun kesum
  • 4 biji bawang kecil
  • 10 biji cili padi (nak pedas tambah)
  • 2 biji limau nipis (diambil airnya)
  • garam dan gula

Cara-cara

  1. Isi ikan dihiris nipis.Tumbuk bawang kecil dan cili padi.gaul bersama isi ikan.Masukkan air limau nipis,garam dan gula.Biarkan seketika.
  2. Mayang halus daun serai kayu dan kesum.Gaul sekali dengan isi ikan tadi.
  3. Isi ikan tu memang pakai yang mentah.bila perap dengan air limau nipis,ikan tu akan masak.so bukan makan ikan mentah.selamat mencuba.

Resipi Ikan Siakap Kukus Anjung Kasih


  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • saya tambah sedikit hirisan karot
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar
  • Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

     

    Sunday, July 20, 2014

    Kerang Bakar Berempah

    KERANG BAKAR BEREMPAH
    1 kilo kerang dicuci bersih
    1/2 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    1 batang serai
    1 in halia
    1 sudu cili mesin
    1.       Semua bahan kecuali kerang dimesin halus, + sedikit garam
    2.       Panaskan minyak.
    3.       Masak sekejap bahan-bahan yang dimesin.
    4.       Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam kertas aluminium.
    5.       Panaskan kuali leper,.
    6.       Bakarkan sebentar dalam 5 - 10 minit.
    7.       Dah siap!!!!!!!
    8.       Perah limau nipis sikit

    POWERED BY:

    youtube google slideshare Kelantan Bloggers webshots slide photobucket clocllink Feedjit blogger