Blogger Widgets Blogger Widgets

SEARCH

Google
 

Thursday, July 24, 2014

Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur dgn Terung Pipit



Bahan2 :


Secawan cendawan kukur
Sedikit terung pipit
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.
Cara2 :

Mula2 cendawan kukur dibersihkan betul2 dari sampah dan pasir serta bersihkan terung pipit dari tangkai. Lepas tu masukkan bahan tumbuk, ikan bilis, terung dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.

Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.  Bila dah mendidih, masukkan cendawan kukur tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..

Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

POWERED BY:

youtube google slideshare Kelantan Bloggers webshots slide photobucket clocllink Feedjit blogger